Raya haji haritue last minute plan Abie ajak pegi Kelantan. Tok, Mak Lang, Pak Chik, Pak Da, Pak Su semua dah berangkat ke Kelantan sehari awal lagik dari kita orang. Memandangkan tak ada sapa yang nak balik Kajang, Abie last minute ajak pegi Kelantan. Adoi la letih tul nak berkemas last minute nieh.
Pegi hari Rabu kebetulan mc lagik haritue.... demam panas... bertolak kul 3 petang sampai Kota Bharu lebih kurang kul 2.30 pagi. Huhuhuhu letihnyer dalam keta tak dapat nak bayangkan. Sakit kepala nak nak bawak baby kan. Iskandar memang membuas la... Alhamdulillah lepas makan malam dia terus lentok tido dalam kereta sepanjang-panjang perjalanan ker Kota Bharu. Izzati pun sama. Kul 1.30 pagi boleh jem lagik dekat area Setiu. Ikut jalan jauh sebab jalan Gua Musang tutup banjir. Pegi Kelantan pun kat Kota Bharu cuaca elok jek.
Memang betul la orang cakap. Raya Haji kat Kelantan nie memang cukup meriah. Qurban buat kat rumah jek. Pastu tak putus2 orang jemput datang kenduri qurban sampai haku naik mabuk daging. Hari Jumaat kita orang bertolak ke Kuala Terengganu. Saja je lah....tak der beraya rumah sesapa pun. Kat K.T ni more relaks la. Sempat gak la pegi Pasar Payang. Kat Kota Bharu pegi Pasar Siti Khadijah tue..time orang tengah beraya lagik...tutup...tak dapat la nak memborong tudung. Kat Pasar Payang haku dok borong kaftan je ler..... itu pun dua pasang...jadik la kan....
Okey la enjoy the picture...... tak banyak pun Abie banyak amik gambo aku ngan Iskandar jek.....